Wednesday, April 15, 2009

kte ikut yg mna?

> > Manusia - Eh, dah subuh dah?
> > Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
> > Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi ni?.zzzzzzzz
> >
> > Manusia - Nak makan, laparlah ??
> > Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
> > Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
> >
> > Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
> > Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
> > Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
> >
> >
> > Manusia - Alamak, dah lewat!
> > Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
> > Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
> >
> > Manusia - Azan sudah kedengaran... .
> > Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
> > Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni?
> >
> > Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
> > Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
> > Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
> >
> > Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
> > Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
> > Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
> >
> > Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
> > Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
> > Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?
> >
> > Manusia - aku telah berdosa..
> > Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
> > Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat...lagipun muda hanya sekali...rugila. (kalau sempatla)
> >
> >
> > Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
> > Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
> > Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
> >
> > Manusia- Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?
> > Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
> > Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

No comments: